LATAR BELAKANG
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca
merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah
dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan
program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan
markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di
kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian
Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.
Program ini telah mula dilaksanakan
dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di
sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas
Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca
bertarikh 22 Mei 1998.
PROGRAM NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan
Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM
adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang
berilmu.
Di samping menjadikan membaca satu habit yang
berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim
daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan
atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah
seluruh negara.
Program NILAM adalah penjenamaan semula program
membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani
masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah
dan masyarakat Malaysia amnya.
MATLAMAT
Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam
kalangan murid.
Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik
murid-murid dan sekolah.
OBJEKTIF
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif
dan inovatif bagi
menyemai tabiat membaca.
TIGA
ELEMEN PROGRAM NILAM
a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod
buku yang dibaca dalam
Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan
rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi
kepada murid berdasarkan bilangan
buku yang dibaca dan aktiviti
berkaitan yang disertai.
PELAKSANAAN
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan
iaitu;
Tahap Jauhari
· Murid
wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
· Membina
kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
· Menggunakan
kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui
pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang
lain.
· Mula dinilai
dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Tahap
Rakan Pembaca
· Murid
yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
· Murid
berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
· Mendapat
bimbingan guru pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
· Memberi
pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
· Markah
diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.
AKTIVITI
· Bercerita
· Membaca
bersama
· Bicara
Buku
· Meminjam
buku
· Memberi
pinjaman buku
· Ulasan
Buku
· Ulat Buku
· Kamus
Bergerak
· Forum
· Ceramah
Buku
· Ceramah
· Jejak Buku
· Khemah
Membaca
· Kuiz
Pengetahuan
· Radio
Sekolah
· Pameran
Buku
· Buku
Skrap
PENGIKTIRAFAN
· Sijil
Anugerah NILAM
· Sijil
Akuan Sekolah
· Sijil
Berhenti Sekolah
Pengiktirafan
Tahap Jauhari
Jumlah Bacaan Pengiktirafan
· 72-143
buah Gangsa
· 144-215
buah Perak
· 216- 287 buah Emas
· 288 ke
atas NILAM
Pengiktirafan
Tahap Rakan Pembaca
Segala aktiviti Rakan Pembaca
dijalankan dan direkod dalam kad Rakan Pembaca, disemak serta dinilai oleh guru
pembimbing.
Markah
Pengiktirafan
· 100-199
Gangsa
· 200-299
Perak
· 300-399
Emas
· 400 ke
atas NILAM
No comments:
Post a Comment