Apa
itu skimming?
Skimming
atau dalam bahasa melayu ialah membaca dengan pantas atau membaca sepintas
lalu. skimming ialah teknik membaca dengan cepat untuk mendapat gambaran
menyeluruh tentang idea umum daripada petikan yang kita baca. ini dapat kita
buat dengan menggerakkan mata dengan cepat ke setiap baris ayat (ingat, jangan
hentikan mata di setiap perkataan yang kita baca) dan juga tak perlu baca
seluruh teks tapi hanya baca bahagian yang yang membantu anda mendapat gambaran
menyeluruh tentang artikel tersebut.
Skimming
untuk petikan pendek:
- Gerakkan mata dengan cepat ke setiap baris ayat Jangan sebut perkataan tersebut, baca dengan mata pun sudah mencukupi.
- Lihat kata kunci atau frasa yang penting dalam artikel tersebut.
- Apabila siap, tanya diri anda ‘Apa idea umum daripada artikel yang dibaca?’
Skimming
untuk petikan panjang:
- Lihat topik/tajuk atau sub-topik dalam petikan.
- Baca perenggan pertama dengan berhati-hati. Penulis biasanya menyatakan idea umum tentang karangannya dalam perenggan pertama.
- Baca ayat pertama dan kedua dalam setiap perenggan. Topik biasanya berada di perenggan awal.
- Baca perenggan akhir dengan berhati-hati. Penulis biasanya menyatakan semula topik atau idea umum atau ringkasan daripada karangannya di perenggan akhir.
Apa
itu scanning?
Scanning
ialah teknik membaca untuk mendapat lebih banyak maklumat berbanding skimming.
Dengan scanning anda akan mendapat jawapan kepada persoalan tentang topik yang
dibaca. Scanning biasanya digunakan untuk merujuk atau membaca jadual, carta,
iklan, invois, indeks atau senarai (list) untuk mendapatkan maklumat khusus. Contohnya,
jika anda melihat senarai saham di papan utama Bursa Malaysia, dan anda ingin
mengetahui harga semasa bagi saham Pos Malaysia. maka, anda akan menggerakkan
mata ke atas dan bawah untuk mencari perkataan Pos Malaysia. Inilah salah satu
cara scanning digunakan dalam pembacaan kita.
Mempraktikkan
scanning.
· Anda mesti
tahu maklumat apa yang anda mahu tahu.
· Fokus minda
anda kepada maklumat yang anda ingin tahu.
· Gunakan
sub-topik atau topik untuk membantu mencari maklumat.
· Latih mata bergerak lebih cepat supaya
maklumat lebih mudah dicari.
Sumber: ATOQA
No comments:
Post a Comment