Menguasai teknik membaca dengan pantas dan berkesan untuk
pelajar sekolah menengah dan pengajian tinggi adalah kemahiran yang perlu
dikuasai dengan sebaik mungkin. Sebagai pelajar anda sudah tentu perlu membaca
buku sebanyak mungkin untuk menimba ilmu.
Masalah sering timbul bila
ada begitu ramai pelajar yang gagal menguasai teknik membaca dengan pantas dan
berkesan. Bukan itu sahaja, kelemahan dalam kemahiran membaca yang baik dan
berkesan menyebabkan pelajar tersebut menjadi malas untuk membaca yang akhirnya akan merugikan pelajar itu sendiri.
Teknik Membaca
KWLH
KWLH adalah
singkatan bagi yang berikut; K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum
membaca), W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum
membaca), L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas
membaca), H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat
tambahan yang berkaitan (untuk membaca seterusnya), Apa yang jelas dari
penerangan tersebut ialah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin
diketahui melakukan pembaca (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang
telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang
perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).
Teknik
pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan
apa yang dibaca menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan
menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat
maklumat tambahan.
Dalam
konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah
sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.
Sumber: http://sejarahstpm.blogspot.com
No comments:
Post a Comment