Kata
|
Takrif
|
Sumber
|
gerah
|
berasa panas badan (spt ketika
hendak hujan).
|
Kamus Pelajar Edisi Kedua
|
gerah II
|
Kl kemalangan, kecelakaan, nahas.
|
Kamus Dewan Edisi Keempat
|
gerah I
|
Jw berasa panas badan (kerana hari
hendak hujan).
|
Kamus Dewan Edisi Keempat
|
gerah
|
berasa panas badan (spt ketika
hendak hujan).
|
Kamus Pelajar
|
geruh-gerah
|
berbagai-bagai kemalangan;
|
Kamus Dewan Edisi Keempat
|
radang
|
1. panas badan, gerah, meriang, palak; naik ~ marah sungguh, panas
hati, geram; 2. (Ubat) keadaan sesuatu bahagian badan atau organ menjadi
bengkak, merah, panas, gatal dan sakit akibat jangkitan atau kecederaan: ~
paru-paru; ~ lidah penyakit bengkak-bengkak pd lidah (kerana kekurangan
vitamin B2); ~ paru-paru sakit bengkak pd paru-paru, pneumonia; ~ tenggorok
bengkak pd tenggorok, bronkitis; sakit ~ penyakit yg disebabkan oleh bengkak;
meradang 1. radang: badannya ~; 2. naik radang, marah sungguh, panas hati:
banyak orang yg ~ dan marah-marah apabila menerima surat dr pejabat kerajaan
yg ditulis dlm bahasa Inggeris; meradangkan marah kpd, panas hati kpd: apa yg
kauradangkan? keradangan 1. perihal radang, kemarahan: dlm pertemuannya
nanti, dia akan dapat melepaskan kegeraman dan ~nya; 2. (Ubat) (keadaan)
radang: jangkitan kuman pd salur-an pernafasan mengakibatkan ~ dan
ke-bengkakan di saluran telinga tengah; kemeradangan perihal meradang;
peradangan berkaitan dgn, menyebabkan jadi, atau cenderung menimbulkan radang
(bkn penyakit): hepatitis adalah penyakit ~ di bahagian hati; peradang orang
yg lekas panas hati (lekas marah): dia memang ~ benar orangnya.
|
Kamus Dewan Edisi Keempat
|
palak I
|
Mn 1. panas (badan), gerah; 2. berasa panas, marah, radang (hati): dr
mula-mulanya lagi, dia sudah ~ melihat lagak orang itu; 3. sangat berani,
tidak takut (bimbang) barang sedikit; memalak mengacau, mengganggu, menyusahkan;
pemalak 1. orang yg lekas marah, pemarah; 2. orang yg sangat berani (tidak
takut akan apa sahaja apabila berbuat sesuatu).
|
Kamus Dewan Edisi Keempat
|
geruh I
|
malang, celaka, nasib buruk, sial;
~-gerah berbagai-bagai kemalangan; ~ tak mencium bau prb
kemalangan tidak dapat diketahui lebih dahulu; kegeruhan kemalangan,
kecelakaan.
|
Kamus Dewan Edisi Keempat
|
Datu II
|
gelaran kehormatan di Sabah (sbg
anugerah).
|
Kamus Dewan Edisi Keempat
|
panas
|
1. lwn sejuk (dingin), hangat; air
~ air yg dimasak (dihangatkan); 2. demam, gerah, palak; demam ~ penyakit demam dgn suhu badan yg
sangat panas (tinggi); sakit ~ demam; 3. sinar atau cahaya (matahari):
apabila kena ~ matahari, bernyala rupanya; matanya itu selalu pula
terkejip-kejip, terutama apabila menentang ~; hujan ~ hujan pd waktu matahari
bersinar; 4. ki sangat marah, sangat sakit hati: dgn perasaan hati yg ~, ia
bangun segera; bagaimana hendak menyudahkannya kerana hati terlampau ~; 5. ki
hebat, genting, tegang: pertentangan semakin ~; 6. masih baharu (peristiwa
dll): semalam ia mendapat berita ~ utk akhbarnya; 7. tidak kurang tetapi
lebih pula sedikit (timbangan): timbang ~; 8. tidak memberi keuntungan,
mendatangkan bala, sial; ilmu ~ ilmu yg membuat orang yg memakainya susah
(mahal rezeki dll); ~ baran (bara, darah) cepat marah, sangat pemarah; ~ hati
sangat marah (benci); ~ kering panas dan kering; ~ pedih tidak tetap (senang)
duduk; ~ radang panas badan (kerana berpeluh dll), palak; ~ rezeki mahal
rezeki; ~ sengangar sangat panas (hawa); ~ terik = ~ jantan Pr = ~ ngetek Kl
sangat panas (matahari); ~ setahun hujan sehari, liput tanjung dgn pulau = ~
setahun dihapuskan oleh hujan sehari prb jasa atau kebaikan yg banyak boleh
hilang oleh kesalahan yg sedikit; bagai ~ mengandungi hujan prb walaupun
dibawa ketawa, nampak juga kesusahannya (orang dlm kesusahan); disangka ~
sampai petang, kiranya hujan tengah hari prb disangka senang (baik dll)
selama-lamanya, tiba-tiba ditimpa kesusahan (bahaya dll); memegang besi ~ prb
melakukan sesuatu dgn kebimbangan (kekhuatiran dll); menyeladang bagai ~ di
padang prb sesuatu hal (perbuatan dll) yg mengenai semuanya; redup atau ~
keras prb hidup atau mati, untung atau rugi, beradu nasib sahaja; sudah ~
berbaju pula prb sudah susah ditambah lagi dgn kesusahan; tak ~ punggung Kl
prb sebentar sahaja; tidak lekang dek (oleh) ~; tidak lapuk dek (oleh) hujan
prb tiada berubah-ubah, tetap selamalamanya (bkn adat); panas-panas masih
baharu, hangat-hangat; berpanas berada dlm panas matahari, berjemur: nelayan
yg ~ dan berhujan di laut; berpanas-panasan berjemur dlm panas matahari utk
bersuka-suka: mereka yg sedang ~ di pantai itu; memanasi 1. menghangatkan:
periuk yg masih dipanasi bara; 2. menambah panas; memanaskan menyebabkan
(menjadikan) panas, menghangatkan: makanan-makanan itu adalah utk ~ tubuh badan
kita; ~ hati menimbulkan (membangkitkan) marah (benci); ~ kerusi memegang
sesuatu jawatan (kedudukan dsb) tanpa melakukan atau mencapai sesuatu;
memperpanas menjadikan lebih panas: matahari semakin ~ dirinya; kepanasan 1.
perihal panas, kehangatan: ada alat penetap suhu yg mengawal ~; ~ hati
kemarahan hati; 2. tersangat panas; 3. kena panas; pemanasan perihal memanasi
(memanaskan): tindakan kimia bertambah cepat dgn ~; pemanas 1. yg memanasi
(memanaskan): kuasa ~ ; alat ~ ; 2. alat utk memanaskan: ~ elektrik; 3.
(orang yg) lekas panas atau marah, pemarah, tidak penyabar: bapanya ~ dan
pembengis.
|
Kamus Dewan Edisi Keempat
|
Sumber: Kamus DBP Online
No comments:
Post a Comment