Program NILAM
LATAR BELAKANG
Budaya ilmu adalah
aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat
bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan
diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau
masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang
penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan
dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam
pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan
bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan
membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui
pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk
negara maju.
Program NILAM
Kementerian
Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah
rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan
murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca
satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah
akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan
pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan
di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program
membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani
masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah
dan masyarakat Malaysia amnya.
Matlamat
Membina tabiat
membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
Meningkatkan
kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.
Objektif
a. Menjadikan
murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan
sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi
menyemai tabiat
membaca.
Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod
Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam
Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan
Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan
: Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan
buku yang dibaca
dan aktiviti berkaitan yang disertai.
Pelaksanaan
Program NILAM
mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;
Tahap Jauhari
ü Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
ü Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
ü Menggunakan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui
pusat sumber sekolah dan pusat
maklumat yang lain.
ü Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Tahap Rakan Pembaca
ü Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat
ini.
ü Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya
membaca buku.
ü Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
ü Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
ü Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan
pembaca.
Aktiviti
ü Bercerita
ü Membaca bersama
ü Bicara Buku
ü Meminjam buku
ü Memberi pinjaman buku
ü Ulasan Buku
ü Ulat Buku
ü Kamus Bergerak
ü Forum
ü Ceramah Buku
ü Ceramah
ü Jejak Buku
ü Khemah Membaca
ü Kuiz Pengetahuan
ü Radio Sekolah
ü Pameran Buku
ü Buku Skrap
Pengiktirafan
Sijil Anugerah
NILAM
Sijil Akuan
Sekolah
Sijil Berhenti
Sekolah
Pengiktirafan Tahap Jauhari
Jumlah Bacaan
Pengiktirafan
ü 72-143 buah Gangsa
ü 144-215 buah Perak
ü 216- 287 buah Emas
ü 288 ke atas NILAM
Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca
Segala aktiviti
Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam kad Rakan Pembaca, disemak serta
dinilai oleh guru pembimbing.
Markah Pengiktirafan
ü 100-199 Gangsa
ü 200-299 Perak
ü 300-399 Emas
ü 400 ke atas NILAM
No comments:
Post a Comment