NILAM





LATAR BELAKANG
NILAM atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.



PROGRAM NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu.

Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara.

Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.



MATLAMAT
Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.



OBJEKTIF
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi
    menyemai tabiat membaca.



TIGA ELEMEN PROGRAM NILAM
a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam
    Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan
    buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.



PELAKSANAAN
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;

        Tahap Jauhari
·       Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
·       Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
·       Menggunakan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui
          pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
·       Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

 
Tahap Rakan Pembaca
·       Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
·       Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya membaca buku.
·       Mendapat bimbingan guru pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
·       Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
·       Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.



AKTIVITI
·       Bercerita
·       Membaca bersama
·       Bicara Buku
·       Meminjam buku
·       Memberi pinjaman buku
·       Ulasan Buku
·       Ulat Buku
·       Kamus Bergerak
·       Forum
·       Ceramah Buku
·       Ceramah
·       Jejak Buku
·       Khemah Membaca
·       Kuiz Pengetahuan
·       Radio Sekolah
·       Pameran Buku
·       Buku Skrap



PENGIKTIRAFAN
·       Sijil Anugerah NILAM
·       Sijil Akuan Sekolah
·       Sijil Berhenti Sekolah



Pengiktirafan Tahap Jauhari
Jumlah Bacaan Pengiktirafan
·       72-143 buah Gangsa
·       144-215 buah Perak
·       216- 287 buah Emas
·       288 ke atas NILAM



Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca
Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam kad Rakan Pembaca, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing.

Markah Pengiktirafan
·       100-199 Gangsa
·       200-299 Perak
·       300-399 Emas
·       400 ke atas NILAM


LAMBANG NILAM





 







No comments:

Post a Comment