Wednesday 10 August 2016

Berita Semasa: Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2016

Agenda : Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2016
Tarikh : 10 Ogos 2016 (Rabu)
Masa : 1.15 - 2.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka, SSN SMK Seri Kota, Melaka
Penglibatan : Semua guru dan murid




Wednesday 27 July 2016

Berita Semasa: SUKMA;Kecemerlangan Atlet-atlet Kelahiran SSN SMK Seri Kota, Melaka

SUKMA;Kecemerlangan Atlet-atlet Kelahiran SSN SMK Seri Kota, Melaka





Berita Semasa;Perhimpunan Rasmi Bulanan Ko-Kurikulum

Agenda : Perhimpunan Rasmi Bulanan Ko-Kurikulum
Tarikh : 27 Julai 2016 (Rabu)
Masa : 12.40 - 1.20 petang
Tempat : Dewan Terbuka, SSN SMK Seri Kota, Melaka
Penglibatan : Semua guru dan pelajar SSN SMK Seri Kota, Melaka



Tuesday 26 July 2016

Teknik Membaca dengan Pantas dan Berkesan

Menguasai teknik membaca dengan pantas dan berkesan untuk pelajar sekolah menengah dan pengajian tinggi adalah kemahiran yang perlu dikuasai dengan sebaik mungkin. Sebagai pelajar anda sudah tentu perlu membaca buku sebanyak mungkin untuk menimba ilmu.
Masalah sering timbul bila ada begitu ramai pelajar yang gagal menguasai teknik membaca dengan pantas dan berkesan. Bukan itu sahaja, kelemahan dalam kemahiran membaca yang baik dan berkesan menyebabkan pelajar tersebut menjadi malas untuk membaca yang akhirnya akan merugikan pelajar itu sendiri.



Teknik Membaca KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca), W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca), L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca), H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca seterusnya), Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembaca (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.

Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.



Sumber: http://sejarahstpm.blogspot.com

Monday 25 July 2016

Berita Semasa dan Penggunaan PSS

Agenda : Kursus Kepimpinan Pengawas 2016
Tarikh : 23 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Tayang, PSS dan Dewan Terbuka
Penglibatan : Semua pengawas, AJK Badan Pengawas dan AJK Badan Disiplin




Berita Semasa dan Penggunaan PSS

Agenda : Lawatan Penanda Aras PPKI-P, SMK Gelang Patah, Johor ke PPKI-P, SSN SMK Seri Kota, Melaka
Tarikh : 21 Julai 2016 (Khamis)
Masa : 8.30 - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Tayang, PSS, Dewan Terbuka & PPKI-P
Penglibatan : Semua warga PPKI-P

         Kumpulan pelawat dari PPKI-P, SMK Gelang Patah, Johor terdiri daripada guru-guru, PPM-PPM dan anak-anak istimewa. Mereka sampai lebih kurang jam 8.30 pagi dan disambut serta dibawa ke bilik tayang, PSS untuk mengikuti taklimat, ucapan alu-aluan, persembahan profil dan multimedia serta bertukar-tukar cenderamata.
        Kemudian mereka telah dibawa melawat PPKI dan menyaksikan demonstrasi menggayakan rambut dan rawatan tangan dan kuku. Perlawanan persahabatan Futsal menyusul selepas itu dan akhirnya semua pelawat dan warga PPKI menikmati jamuan hari raya dan dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu hari raya dendangan anak-anak PPKI Seri Kota.



Thursday 14 July 2016

Penggunaan PSS

Agenda : Mesyuarat AJK Badan Pengawas Dan AJK Kursus Kepimpinan Pengawas 2016
Tarikh : 14 Julai 2016 (Khamis)
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Dali Omar, PSS
Kehadiran : Semua AJK Badan Disiplin dan Badan Pengawas