Sunday 22 June 2014

Book Stands

 For book collectors there are some fun and attractive book stands to brighten up your shelves. Below are some examples. Happy reading!
 





Saturday 21 June 2014

Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan





1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
 
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Sumber: Kalam AbuMusaddad

Why We Should READ

so.. let's go to the library and borrow some books!

Friday 14 March 2014

Jerebu Oh Jerebu!


APA ITU JEREBU?

Fenomena yang disebabkan kandungan partikel kecil atau pollutant yang tidak terlihat oleh mata kasar yang terapung-apung di udara.

Partikel ini mungkin berasal dari sumber semulajadi mahupun disebabkan oleh pencemaran udara melalui pembakaran hutan, asap kenderaan ataupun pembakaran industri.

Apabila partikel ini wujud dalam keadaan yang banyak dan berkelompok, ianya boleh menghalang sinaran matahari dan menyekat jarak penglihatan mata.




 Sumber: WadiCypress

Thursday 6 March 2014

Five Facts About Reading!


 Love #5..lol



Found on themetapicture.com


NILAM: Kisah Tiga Budak Hitam

Tarikh: 
3 Mac 2014


Acara:
 Sesi Bercerita yang disampaikan oleh On Pei Chin dan Tan Kim Hwui (6AB) semasa perhimpunan rasmi bagi slot NILAM.

 Kisah Tiga Budak Hitam

Tiga budak hitam berjalan-jalan di persisiran sebuah pantai. Tiba-tiba seorang daripada mereka tertendang sebiji botol. Merekapun mengambil botol tersebut. Botol tersebut tertutup rapat dengan penutup gabus. Kesemua mereka kehairanan dan tertanya-tanya apa yang ada di dalam botol tersebut. Lalu, salah seorang daripada mereka membukanya. Terbuka sahaja botol itu, keluarlah jin yang amat besar.

 Jin tersebut ketawa terbahak-bahak lalu berkata, "siapakah engkau hai manusia yang telah membebaskan aku? Aku telah terkurung dalam botol ini selama dua puluh tahun. Dalam masa terkurung aku telah bersumpah akan menyempurnakan tiga hajat sesiapa yang membebaskan aku dari botol ini. Nah! Sekarang kamu semua pintalah apa-apa, akan aku tunaikan permintaanmu."

Ketiga-tiga budak hitam itu mula-mulanya tetapi mereka bergembira apabila jin tersebut menawarkan untuk menunaikan permintaan mereka. Jin pun berkata kepada budak yang pertama, "pintalah!." Budak pertamapun berkata, "Tukarkan aku menjadi putih supaya aku kelihatan cantik." Jin pun menunaikan permintaannya lalu budak itu menjadi putih. 

Jin berkata pula kepada budak hitam kedua, "Pintalah!" Budak hitam keduapun berkata, "Tukarkan aku menjadi putih dan cantk. lrbih putih dan cantik daripada budak yang pertama." Jin pun menunaikan permintaannya lalu budak itu menjadi lebih putih dan cantik daripada budak yang pertama. 

Jin berkata pula kepada budak hitam yang ketiga, "Pintalah!" Budak hitam ketigapun berkata, "Tukarlah aku menjadi putih dan kelihatan cantik, lebih putih dan cantik daripada budak pertama dan kedua." Jin pun berkata, "Tidak, permintaan itu tidak dapat aku perkenankan. Pintalah yang lain." Budak hitam ketiga kehairanan dan terfikir-fikir apa yang mahu dipintanya.

Setelah lama berfikir, budak hitam ketigapun berkata, "Kalau begitu aku pinta kau hitamkan kembali rakan aku yang dua orang itu." Jin pun menunaikan permintaannya. Kembalilah asal hitam kedua-duanya. Jin pun berlalu dari situ dan ketiga-tiga mereka tercengang-cengang dan tidak memperolehi sesuatu apapun.

Moral:
Sikap dengki, cemburu dan iri hati seringkali bersarang di hati manusia. Manusia tidak suka melihat orang lain lebih daripada mereka dan mengharapkan mereka lebih daripada orang lain.  Mereka juga suka melihat nikmat orang lain hilang. Sikap ini sebenarnya pada akhirnya merugikan manusia sendiri.

Tuesday 25 February 2014

Madah Majlis Jamuan Makan Sempena 'Send-off' Mantan Pengetua

 
   Majlis Jamuan Makan sempena 'send-off' mantan pengetua, Tuan Haji Daud bin Abdull telah diadakan pada 12 Februari 2014 di Hotel Abadi. Dalam majlis tersebut Puan Marina Tan, pengacara majlis telah membacakan madah nukilan Puan Hajah Shamsiah Ahmad aka Kak Sham yang bertugas di PSS Seri Kota.

Hero-hero Seri Kota mengambil kesempatan bergambar bersama kak Sham

Puan Hajah Shamsiah Ahmad
Hasil nukilan kak Sham:

Sekolah Sukan Negeri Melaka
Terletak di tengah Bandaraya
Tuan Haji Daud Pengetuanya
Orangnya tegas lagi berwibawa

Pemantauan dan nasihat selalu diberi
Untuk semua guru koperasi
Berniaga mana boleh rugi
Agar hasilnya sama dinikmati

Dusun buah-buahan banyak sekali
Bila berbuah diberinya kami
Tuan Pengetua dah pindah kini
Tak dapat kami merasa lagi

Selamat bertugas di tempat baru
Maafkan kami staf dan guru
Kalau ada salah dan laku
Jangan disimpan di dalam kalbu

Terima kasih kak Sham.. sporting sangat!

NILAM - Letting Go

Date : February 25th, 2014
Event : Story Reading by Tan Shu Luan (6AA) during Weekly Assembly for NILAM Slot


                                                                                       Letting Go

There was once a lonely girl who longed desperately for love. One day while she was walking in the woods she found two starving songbirds. She took them home and put them in a small gilded cage.
 
   She nurtured them with love and the birds grew stronger. Every morning they greeted her with a marvelous song. The girl felt great love for the birds. She wanted their singing to last forever.

   One day the girl left the door to the cage open. The larger and stronger of the two birds flew from the cage. The girl watched anxiously as he circled high  above her. She was so frightened that he would fly away and she would never see him again that as he flew close she grasped at him wildly.

   She caught him in her fist. She clutched him tightly within her hand. Her heart gladdened at her success in capturing him. Suddenly she felt the bird go limp. She opened her hand and stared in horror at the dead bird.

   Her desperate clutching love had killed him.

   she noticed the other bird teetering on the edge of the cage. She could feel his great need for freedom, his need to soar into the clear blue sky. She lifted him from the cage and tossed him softly into the air. the bird circled once, twice, three times.

   The girl watched, delighted at the bird's enjoyment. her heart was no longer concerned with her loss. She wanted the bird to be happy. suddenly the bird flew closer and landed softly on her shoulder. It sang the sweetest melody she had ever heard.

                                                 The fastest way to lose love is to hold on too tight, 
                                                 the best way to keep love is to give it wings.

Source: LOVE STORIES of a different kind

Wednesday 19 February 2014

Majlis Pelancaran Program NILAM 2014


Perjalanan Majlis Pelancaran NILAM

Majlis Pelancaran Program NILAM Tahun 2014 bagi SSN SMK Seri Kota, Melaka telah disempurnakan oleh Encik Lam Peng Soon, Guru Kanan Mata Pelajaran, Bidang Bahasa. Majlis telah berlangsung pada tanggal 19 Februari 2014 bersamaan dengan hari Rabu telah diadakan di Dewan Terbuka, SSN SMK Seri Kota bermula jam 7.40 pagi.

     Majlis telah dimulakan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik diikuti dengan bacaan Ikrar Rukunegara oleh pengawas bertugas dan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Shafiee Bin Mohamad.

     Majlis diteruskan dengan persembahan pelajar yang berupa ulasan buku yang dipersembahkan oleh Siti Hanisah Fikhe dari kelas 4A yang bertajuk 'Garaj Aiman' dan Siti Syarinah dari kelas 4B yang bertajuk 'Hansel And Gretel'.

     Encik Lam Peng Soon kemudiannya menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis. Beliau menekankan kepentingan membaca dalam kehidupan setiap individu. Acara gimik perasmian menyusul dengan Encik Lam Peng Soon menolak buku yang disusun seperti permainan domino dan seterusnya membuka poster Majlis Pelancaran NILAM.


Gambar-gambar Majlis Pelancaran NILAM


AJK sedang membuat persiapan sebelum majlis bermula
   

Para pelajar mengambil tempat untuk Majlis Pelancaran NILAM



Monday 17 February 2014

Majlis Pelantikan Pengawas 2014, SSN SMK Seri Kota, Melaka

Nama Program : Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, Pengawas 3K, dan 
Pengawas SPBT 2014

Tarikh : 18 Februari 2014 (Selasa)

Masa : 7. 30 - 8.20 pagi

Tempat : Dewan Terbuka, SSN SMK Seri Kota, Melaka


Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi!




Saturday 15 February 2014

Lirik Lagu NILAM

LAGU NILAM
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Jadikanlah panduan wawasan anda
NILAM program membaca memberikan semangat
Membaca dengan jaya budaya kita
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Ganjaran yang diberi tidak terhingga
Jadi Rakan Pembaca juga capai jauhari
Pembaca yang bestari anugerah diberi
NILAM NILAM anugerah NILAM
Menerangi jalan suram
NILAM NILAM anugerah NILAM
Idaman pembaca jaya
Membaca dan belajar amalan hidup mulia
Bina tabiat membaca matlamat NILAM kita
Dunia indah sekali pasti lebih berseri
Amalan membaca menjana minda bestari

Wednesday 12 February 2014

Skimming and Scanning



Apa itu skimming?

Skimming atau dalam bahasa melayu ialah membaca dengan pantas atau membaca sepintas lalu. skimming ialah teknik membaca dengan cepat untuk mendapat gambaran menyeluruh tentang idea umum daripada petikan yang kita baca. ini dapat kita buat dengan menggerakkan mata dengan cepat ke setiap baris ayat (ingat, jangan hentikan mata di setiap perkataan yang kita baca) dan juga tak perlu baca seluruh teks tapi hanya baca bahagian yang yang membantu anda mendapat gambaran menyeluruh tentang artikel tersebut.

Skimming untuk petikan pendek:
  • Gerakkan mata dengan cepat ke setiap baris ayat Jangan sebut perkataan tersebut, baca dengan mata pun sudah mencukupi.
  • Lihat kata kunci atau frasa yang penting dalam artikel tersebut.
  • Apabila siap, tanya diri anda ‘Apa idea umum daripada artikel yang dibaca?’
 Skimming untuk petikan panjang:
  • Lihat topik/tajuk atau sub-topik dalam petikan.
  • Baca perenggan pertama dengan berhati-hati. Penulis biasanya menyatakan idea umum tentang karangannya dalam perenggan pertama.
  • Baca ayat pertama dan kedua dalam setiap perenggan. Topik biasanya berada di perenggan awal.
  • Baca perenggan akhir dengan berhati-hati. Penulis biasanya menyatakan semula topik atau idea umum atau ringkasan daripada karangannya di perenggan akhir.

Apa itu scanning? 

Scanning ialah teknik membaca untuk mendapat lebih banyak maklumat berbanding skimming. Dengan scanning anda akan mendapat jawapan kepada persoalan tentang topik yang dibaca. Scanning biasanya digunakan untuk merujuk atau membaca jadual, carta, iklan, invois, indeks atau senarai (list) untuk mendapatkan maklumat khusus. Contohnya, jika anda melihat senarai saham di papan utama Bursa Malaysia, dan anda ingin mengetahui harga semasa bagi saham Pos Malaysia. maka, anda akan menggerakkan mata ke atas dan bawah untuk mencari perkataan Pos Malaysia. Inilah salah satu cara scanning digunakan dalam pembacaan kita.

Mempraktikkan scanning.
·  Anda mesti tahu maklumat apa yang anda mahu tahu.
·  Fokus minda anda kepada maklumat yang anda ingin tahu.
·  Gunakan sub-topik atau topik untuk membantu mencari maklumat.
·  Latih mata bergerak lebih cepat supaya maklumat lebih mudah dicari.


Sumber: ATOQA

Friday 7 February 2014

Karya-karya Agung (Besar)



Definisi:
Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu, falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu, nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya tersebut.


Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Agung (Besar):

Bahan Bacaan Sekolah Menengah (Atas)

Karya Klasik Bahasa Inggeris
1. Hamlet - William Shakespeare
2. Romeo and Juliet - William Shakespeare
3. The Merchant of Venice - William Shakespeare
4. Cleopatra - William Shakespeare
5. The Tempest - William Shakespeare
6. As You Like it - William Shakespeare
7. Much Ado About Nothing - William Shakespeare
8. The Taming of The Shrew - William Shakespeare
9. Twelfth Ninth - William Shakespeare
10. King Lear - William Shakespeare
11. King Arthur and Knights of the Round Table - William Shakespeare
12. Henry V - William Shakespear
13. The Prince of Padua - William Shakespeare
14. Illiad & Odyssey - Homer
15. Oedipus - Socrates
16. Pride and Prejudice - Charlotte Bronte
17. To Kill A Mockingbird - Harper Lee
18. Roots - Alex Haley
19. Of Mice and Men - John Steinbeck.
20. Animal Farm - George Orwell.
21. The Scarlet Letter - Nathaniel Hawthrone.
22. Moll Flanders - Nathaniel Hawthrone.
23. Gone with the Wind - Margeret Mitchell
24. Wuthering Heights - Charlotte Bronte
25. The Tale of Two Cities - Charles Dicken
26. Jane Eyre - Charlotte Bronte
27. The Pearl - John Steinbeck
28. Sons and Lovers - D.H. Lawrence
29. The Pygmalion - George Bernard Shaw
30. The Importance of Being Ernest - Oscar Wilde
31. Noli me Tangare ( My Hand) - Jose Rizal
32. Centerbury Tales - Chaucer
33. Lord of The Rings - L. Tolkien
34. Collections of Khalil Gibran

Karya Bacaan Matang dan Bukan Fiksyen Bahasa Inggeris
1. Mein Kempf (My Struggle) - Adolf Hitler
2. The Wealth of Nation - Adam Smith
3. The Republic - Plato
4. The Prince - Machiavelli
5. Utophia - Sir Thomas More
6. In Praise of Folly - Erasmus
7. Chicken Soup of The Soul

Karya Klasik Bahasa Melayu
1. Tuhfat An-Nafis
2. Hikayat Merong Mahawangsa
3. Hikayat Malim Deman
4. Hikayat Laila Majnun
5. Hikayat Raja Donan
6. Hikayat Malim Deman
7. Hikayat Awang Sulung Merah Muda
8. Hikayat Amir Hamzah
9. Pelayaran Abdullah - Munsyi Abdullah
10. Hikayat Abdullah - Munsyi Abdullah
11. Bustan Al-Katibin
12. Cerita Jenaka Melayu
13. Cerita Lipur Lara
14. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)
15. Hikayat Aceh
16. Hikayat Hang Tuah
17. Hikayat Inderaputra
18. Hikayat Panji Jayeng Kesuma
19. Hikayat Raja Pasai
20. Pantun Melayu
21. Syair Ken Tambuhan
22. Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut

Bahan Bacaan Kontemporari / Moden Bahasa Melayu
1. Ranjau Sepanjang Jalan - Shahnon Ahmad
2. Salah Asuhan - Abdul Moies
3. Tenggelamnya Kapal Van Der Widjk - Drs. Prof. Hamka
4. Uda dan Dara - Usman Awang
5. Salina - A. Samad Said
6. Sejarah Melayu - Tun Sri Lanang
7. Anak Mat lela Gila - Pak Sako
8. Putera Gunung Tahan - Pak sako
9. Melor Kuala Lumpur - Harun Aminurrashid
10. Gelombang Hidup - Abdullah Sidek
11. Nyawa di Hujung Pedang - Ahmad Murad Nasarudin
12. Sisa Neraka Dunia - Ahmad LutfI
13. Sungai mengalir Lesu - A.Samad said
14. Desa Pingitan - Ibrahim Omar
15. Pulanglah Perantau - Aziz Jahpin
16. Samudera - Arena Wati
17. Merpati Putih Terbang Lagi - Khatijah Hashim
18. Interlok - Abdullah Hussein
19. Rentong - Shahnon Ahmad
20. Anak Titiwangsa - Keris Mas
21. Biru Warna - Awang Had Salleh
22. Rantau Selamat - Abdullah Hussein
23. Badai Semalam - Khatijah Hashim
24. Gelora - Arena Wati
25. Senja Belum Berakhir - Azizi Hj. Abdullah
26. Sami Mekong - Azizi Hj. Abdullah
27. Pahlawan Lembu - S.Othman Kelantan
28. Hari Terakhir Seorang Seniman - Anwar Ridhwan
29. Saga - A. Talib Hasan
30. Daerah Tercinta - Muhd Mansor Abdullah
31. Srengenge - Shahnon Ahmad
32. Seluang Menodak Baung - Shahnon Ahmad
33. Lingkaran - Arena Wati
34. Bulan Merah di Tiga Kuala - Zahari Afandi
35. Kunang-Kunang - Zahari Afandi
36. Bila Lagi Kompang Berbunyi - Marwilis
37. Ngayau - Amil Jaya
38. Tok Guru - Shahnon Ahmad
39. Daerah Zeni - A. Samad Said
40. Hujan Pagi - A. Samad Said
41. Saudagar Besar dari Kuala Lumpur - Keris Mas
42. Rimba Harapan - Keris Mas
43. Seorang Tua di Kaki Gunung - Azizi Hj. Abdullah
44. Mega-Mega di Langit - Talib YK
45. Lepaskan Kembali Aku ke Laut - Shaari Isa
46. Buih di Atas Air - Abdullah Hussein
47. Meniti Cahaya - Ghazali M.A.
48. Sesudah Fajar Sebelum Senja - Baharuddin Sidi
49. Di Sebalik Sebuah Kubah - Harun Hj. Salleh
50. Langit Petang - A. Samad Said
51. Tunggul Gerigis - Shahnon Ahmad
52. Di Negeri Belalang - Anwar Ridhwan
53. Terang Bulan - Rahmat Harun
54. Arus - Anwar Ridhwan
55. Imam - Abdullah Hussein

Have You Read Today?


Sunday 2 February 2014

Kenali Sasterawan Negara; Keris Mas


KERIS MAS
(Kamaludin bin Muhammad, Haji, Pejuang Sastera, Sasterawan Negara, Aku, KM, Kamal Kamaludin M, Mister X)

LAHIR : 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentong, Pahang Darul Makmur.
MENINGGAL : 9 Mac 1992.

"Untuk mencapai sesuatu kita berjuang dan kita berjuang juga untuk mengekalkan barang yang tercapai itu."
DALAM perkembangan cerpen Melayu selepas perang, Keris Mas ialah tokoh yang terpenting dan cukup berpengaruh kepada golongan penulis muda. Beliau membentuk namanya sebagai penulis melalui bakat, fikiran yang kritis, penguasaan bahasa yang baik, dan kematangan pengalamannya. Keris Mas, merupakan contoh seorang penulis yang lebih mementingkan mutu daripada jumlah karya.
Keris Mas mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu hingga darjah V. Hasil keputusan peperiksaan yang baik, beliau layak untuk melanjutkan pelajaran ke Maktab Melayu Kuala Kangsar, tetapi oleh sebab amalan pemilihan pihak yang berkuasa, beliau tidak mendapat peluang itu. Keris Mas lalu dihantar oleh keluarganya ke Sumatera mengikuti pelajaran di Tawalib School, sebuah sekolah menengah dengan pengantar bahasa Indonesia dan bahasa Arab.
Setelah itu, Keris melanjutkan pelajarannya di Kolej Kuliahtul Muallimin Al-Islamiah (Maktab Perguruan Islam) untuk mengambil diploma perguruan bagi melayakkan dirinya menjadi guru agama. Di kolej ini bahasa pengantarnya ialah bahasa Indonesia dan bahasa Arab, di samping bahasa Belanda yang dijadikan sebagai salah satu mata pelajaran wajib dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran tambahan. Sebaliknya Keris telah lulus Ilmu Umum dan bukannya jurusan agama sebagaimana yang diharapkan oleh keluarganya.
Pada tahun 1940, Keris Mas kembali ke Tanah Melayu dan kemudian ke Singapura, mendaftarkan diri dengan Pitman College untuk mengambil peperiksaan matrikulasi Universiti London. Pelajarannya terhalang kerana meletusnya Perang Dunia Kedua.
Selepas pihak Jepun menyerah kalah dalam Perang Dunia Kedua, Keris Mas menggabungkan diri dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) cawangan Pahang dan menjadi Pegawai Penerangan parti tersebut. Pada penghujung tahun 1947, ketika PKMM mengadakan kongres tergemparnya di Singapura, Keris Mas turut hadir.
Tidak lama kemudian, Keris Mas mengundurkan diri daripada PKMM, lantas bertugas sebagai Pengarang di Utusan Melayu Singapura. Suatu sumbangan besar yang telah diusahakannya ialah memesatkan lagi pengeluaran majalah Mastika yang ketika itu kurang mendapat sambutan pembaca.
Pada tahun 1953, Keris Mas berpindah kerja ke Melayu Raya. Akan tetapi perkhidmatannya dengan Melayu Raya tidak lama kerana pada bulan September 1953, Keris Mas berangkat pula ke Pulau Pinang dan bekerja dengan Warta Negara hingga tahun 1955.
Pada akhir tahun 1955, Keris Mas kembali bertugas di Utusan Melayu sebagai anggota sidang pengarang. Apabila Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan pada tahun 1956. Ungku Aziz selaku Pengarahnya telah mempelawa beliau untuk berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka yang pada ketika itu berpejabat di Johor Baru.
Keris Mas menerima tawaran Ungku Aziz itu dan pada mulanya beliau berkhidmat sebagai Pengarang Umum dari 1 Disember 1956 hingga 31 Oktober 1962, kemudiannya beliau dilantik menjadi Ketua Pengarang. Selepas itu beliau diangkat menjadi Ketua Bahagian Pengarang dari 1 Julai 1966 hingga 30 Jun 1971 dan akhirnya sebagai Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera mulai dari 1 Julai 1971 sehingga beliau bersara pada 10 Jun 1977. Selaku Ketua Bahagian, Keris Mas turut bertanggungjawab sebagai Ketua Pengarang majalah-majalah Dewan Bahasa dan Dewan Sastera.
Walaupun Keris Mas dikenal sebagai anggota aktif ASAS 50, beliau sebenarnya telah menghasilkan karya kreatif lama sebelum ASAS 50 ditubuhkan. Novel beliau yang pertama, Pahlawan Rimba Malaya terbit dalam tahun 1976. Menurut keterangannya, Pahlawan Rimba Malaya diterbitkan lebih pendek daripada manuskrip asalnya. Oleh sebab pihak penerbit mengalami kekurangan kertas pada waktu itu, maka isi novel tersebut telah disingkatkan.
Setahun kemudian, semasa bertugas sebagai Pegawai Penerangan PKMM, beliau menulis sebuah cerpen perjuangan “Darah dan Air Mata”, tersiar dalam majalah Kenchana keluaran 15 Oktober 1947, Sejak peringkat awal kegiatannya mengarang, Keris Mas telah memperlihatkan bakatnya dalam cerpen. Oleh yang demikian tidak hairanlah jika dalam tahun 1950-an dan awal tahun 1960-an beliau telah menghasilkan banyak karya bermutu terutamanya cerpen.
Keris Mas adalah antara tokoh penting, malah tokoh yang memimpin Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS 50 yang mendukung kuat faham “Seni untuk Masyarakat” dan turut memberi isi dan arah seperti terlihat dalam Memoranda ASAS 50 yang membentangkan cita-cita dan perjuangan pertubuhan itu.
Semasa di Dewan Bahasa dan Pustaka, cita-cita Keris Mas untuk memberikan seluruh perhatian kepada perkembangan sastera Melayu telah berhasil dengan tertubuhnya Bahagian Perkembangan Sastera pada tahun 1971 yang kemudian diperbesarkan menjadi Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera mulai tahun 1976.
Keris Mas telah menghasilkan kira-kira 60 buah cerpen yang mengemukakan berbagai-bagai persoalan, daripada soal cinta, kepincangan masyarakat, perjuangan kebangsaan, kisah darurat hinggalah kepada persoalan-persoalannya sosial-politik sesudah merdeka. Semua persoalan tersebut merupakan pemerhatian dan pantulan kembali pengalaman-pengalaman Keris Mas sejak tahun 1940-an hinggalah sesudah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957.
Beberapa buah cerpen Keris Mas telah diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain seperti Cina, Korea, Inggeris, dan Rusia. Sehingga kini 11 buah cerpennya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Cina melalui penerbitan Mingguan Petir, Nanyang Evening, Nanyang Evening Post, Nanyang Siang Pau, Pemuda Pemudi Universiti, dan Nanyang Siang Wen Che. Tiga buah cerpennya telah juga diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris seperti “They Do Not Understand” (Mereka Tidak Mengerti) dalam Tenggara (1968) dan “The Approach of Independence” (Menjelang Merdeka dalam Tenggara(1967).
Walaupun dalam karya-karya Keris Mas terdapat pendedahannya terhadap kejadian dan kebenaran yang terdapat dalam masyarakat, tetapi beliau tidaklah pula mengakui bahawa karya sastera semata-mata dapat memajukan masyarakat. Beliau pernah berkata: “Kalau kita berpendapat bahawa dengan cerita pendek sahaja kita boleh memajukan masyarakat, boleh mengubah susunan hidup kepada yang lebih sempurna dan baik tentulah pendapat itu kurang logik. Cerita pendek tidak dapat mengajar orang tentang ilmu bercucuk tanam, tidak dapat mengajar orang tentang ilmu ekonomi dan sebagainya. Tetapi kita harus faham bahawa cerita pendek yang ditulis dengan pengolahan yang baik dapat menyedarkan orang, dapat menimbulkan cara berfikir yang maju”.
Cerpen Keris Mas memang mampu menghidupkan imaginasi dan ini menjadi kunci kejayaannya. Selain itu adalah kerana kepintarannya menguasai teknik dan menarik fikiran pembaca terhadap masalah sosial melalui bahasa yang mudah dan jelas. Berhubung dengan hal yang terakhir ini, beliau berpendapat bahawa bayangan pertama daripada bakat seseorang penulis mudah terlihat dalam tekniknya. Tetapi kesempurnaan dan kematangan bakat itu bergantung pada kesanggupannya menuangkan buah fikiran dan pengalamannya ke dalam kata-kata, ayat-ayat, dan keseluruhan pengolahan karangannya.
Sungguhpun Keris Mas lebih terkenal sebagai penulis cerpen, beliau juga telah memperlihatkan bakatnya dalam penulisan novel. Novel-novelnya seperti Pahlawan Rimba Malaya, Korban Kesuciannyadan Anak Titiwangsa merupakan tiga buah novel yang sederhana. Pahlawan Rimba Malaya ditulisnya selepas pendudukan Jepun sementara Korban Kesuciannya (1949) ditulisnya semasa bekerja di Utusan Melayu. Anak Titiwangsa pula, yang terbit dalam tahun 1967 diusahakannya sewaktu dalam kesibukannya berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pembacaan Keris Mas adalah luas dan dapat melontarkan kembali idea-idea daripada pembacaannya menerusi perbuatan mahupun tulisan. Selain itu, beliau dikenal sebagai seorang yang tegas, petah berhujah, dan ramah. Boleh dikatakan sejak tahun 1947 hingga ke akhir hayatnya, hidup Keris Mas tidak pernah terpisah daripada kegiatan sastera. Malah, seluruh hidupnya merupakan penglibatan dalam pembangunan dan pengembangan sastera Melayu – sebagai wartawan, editor, pentadbir sastera, sasterawan, dan pengkritik.
Setelah Keris Mas bersara, beliau terus diberikan penghormatan sebagai Penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka selama setahun dari 1 Julai 1977 hingga 30 September 1978. Selama menjadi Penulis Tamu, beliau telah selesai menyiapkan sebuah memoir mengenai penglibatannya dalam perkembangan sastera dari tahun 1945 hingga tahun 1977. Sejak awal 1979, Keris Mas menjadi Karyawan Seni di Universiti Malaya dan membantu dalam kursus penulisan kreatif. Pada awal tahun 1980-an, Keris Mas berjaya menghasilkan sebuah novel sosiopolitik yang diberi judul Saudagar Besar dari Kuala Lumpur. Beliau dilantik sebagai Penulis Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka sekali lagi mulai tahun 1985 dan berjaya menghasilkan sebuah novel yang berjudul Rimba Harapan.
Anugerah Pejuang Sastera yang membawa ganjaran wang tunai RM10 000.00 dan berserta watikah telah dianugerahkan oleh Perdana Menteri kepada beliau pada 29 Mei 1976. Kerana kebolehan dan rasa tanggungjawabnya, Keris Mas telah dilantik oleh Perdana Menteri menjadi Setiausaha Panel Hadiah Karya Sastera (1971-1976), dan pada tahun 1979 pula dipilih sebagai salah seorang anggota Panel Anugerah Sastera Negara. Panel Anugerah Sastera telah bersetuju memilih Keris Mas sebagai penerima Anugerah Sastera Negara yang pertama pada tahun 1981. Penyampaian Anugerah ini telah berlangsung di Bangunan Parlimen pada 26 April 1981 oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.
Demikianlah Keris Mas yang pada mulanya diharapkan oleh keluarganya untuk menjadi guru agama sebaliknya menjadi seorang sasterawan. Sebagai penulis kreatif pentadbir dan pengurus sastera, Keris Mas telah memberikan sumbangan yang penting dan bererti dalam perkembangan sastera Melayu baru. Dan untuk sumbangannya ini, Keris Mas telah dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Sains Malaysia pada 5 Ogos 1989.
KARYA
Novel
- Pahlawan Rimba Malaya, Kota Bharu: Pustaka Permai, 1946, 60 hlm.;
- Korban Kesuciannya, Singapura: Utusan Melayu Press, 1949, 109 hlm.;
- Anak Titiwangsa, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1967, 118 hlm.;
- Saudagar Besar dari Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982, 365 hlm.;
- Rimba Harapan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, 265 hlm.

Cerpen
- Mekar dan Segar (antologi bersama), Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1959, 161 hlm.;
- Dua Zaman (antologi bersama), Kuala Lumpur : Penerbitan Pustaka Antara, 1963, 190 hlm.;
- Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977, 446 hlm.;
- Patah Tumbuh, Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1973, 168 hlm. (cetakan pertama 1962);
- Cerpen-cerpen ASEAN (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1978, 279 hlm.;
- Menunggu Ratu Adil (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1984, 218 hlm.;
- Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd.; 1985, 433 hlm.;
- Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 339 hlm.;
- Kumpulan Cerpen Keris Mas 1946 – 1989, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 759 hlm.
- Koleksi Terpilih Keris Mas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 341 hlm.

Esei/Kritikan
- Memoranda (antologi bersama), Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1961, 281 hlm.;
- Kursus Penulis (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1964, 138 hlm.;
- Utusan Melayu 25 Tahun, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1964, 272 hlm.;
- Asas Kebudayaan Kebangsaan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, 1973, 548 hlm.;
- Panduan Menulis Cerpen (antologi bersama), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 49 hlm.:
- Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 419 hlm.;
- Esei Pilihan Keris Mas (disusun oleh A. Bakar Hamid), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 216 hlm.;
- Nasionalisme dalam Persuratan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Muzium Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, 227 hlm.;
- Perbincangan Gaya Bahasa Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 166 hlm.

Memoir
- Memoir Keris Mas : 30 Tahun Sekitar Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 226 hlm.

Wawancara
- Wawancara Sastera, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 367 hlm.

Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka


Senarai Sasterawan Negara




1) 1981 - Kamaludin Muhammad (Keris Mas), 1922-1992
2) 1982 - Shahnon Ahmad
3) 1983 - Usman Awang, 1929-2001
4) 1985 - A. Samad Said
5) 1987 - Muhamad Abdul Biang (Arena Wati), 1925-2009
6) 1991 - Muhammad Haji Salleh
7) 1993 - Noordin Hassan
8) 1996 - Abdullah Hussain
9) 2003 - Syed Othman Syed Omar (S. Othman Kelantan), 1938-2008
10) 2009 - Mohd Anuar Rethwan (Anwar Ridhwan)
11) 2011 - Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)
12) 2013 - Baharuddin Zainal (Baha Zain)

Friday 24 January 2014

Blind Men and an Elephant


A Matter of Perspective!

Perspective


per·spec·tive
n.

1.
a. A view or vista.
b. A mental view or outlook: "It is useful occasionally to look at the past
to gain a perspective on the present" (Fabian Linden).

2. The appearance of objects in depth as perceived by normal binocular vision.

3.
a. The relationship of aspects of a subject to each other and to a whole:
a perspective of history; a need to view the problem in the proper perspective.
b. Subjective evaluation of relative significance; a point of view: the
perspective of the displaced homemaker.
c. The ability to perceive things in their actual interrelations or comparative
importance: tried to keep my perspective throughout the crisis.

4. The technique of representing three-dimensional objects and depth relationships
on a two-dimensional surface.

adj.
Of, relating to, seen, or represented in perspective.

Tuesday 21 January 2014

Untuk Cemerlang Perlu Membaca!

Tuan Pengetua SSN SMK Seri Kota, Melaka, Tuan Haji Daud bin Abdull dalam ucapan semasa Majlis Perhimpunan Mingguan Sekolah telah menekankan kepentingan membaca dalam kalangan pelajar kerana tabiat membaca dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.

Para pelajar diseru agar memanfaatkan waktu pelaksanaan Program NILAM dengan sebaik-baiknya dengan membuat bacaan dan mencatatkan hasil pembacaan.