Wednesday 10 August 2016

Berita Semasa: Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2016

Agenda : Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2016
Tarikh : 10 Ogos 2016 (Rabu)
Masa : 1.15 - 2.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka, SSN SMK Seri Kota, Melaka
Penglibatan : Semua guru dan murid




Wednesday 27 July 2016

Berita Semasa: SUKMA;Kecemerlangan Atlet-atlet Kelahiran SSN SMK Seri Kota, Melaka

SUKMA;Kecemerlangan Atlet-atlet Kelahiran SSN SMK Seri Kota, Melaka





Berita Semasa;Perhimpunan Rasmi Bulanan Ko-Kurikulum

Agenda : Perhimpunan Rasmi Bulanan Ko-Kurikulum
Tarikh : 27 Julai 2016 (Rabu)
Masa : 12.40 - 1.20 petang
Tempat : Dewan Terbuka, SSN SMK Seri Kota, Melaka
Penglibatan : Semua guru dan pelajar SSN SMK Seri Kota, Melaka



Tuesday 26 July 2016

Teknik Membaca dengan Pantas dan Berkesan

Menguasai teknik membaca dengan pantas dan berkesan untuk pelajar sekolah menengah dan pengajian tinggi adalah kemahiran yang perlu dikuasai dengan sebaik mungkin. Sebagai pelajar anda sudah tentu perlu membaca buku sebanyak mungkin untuk menimba ilmu.
Masalah sering timbul bila ada begitu ramai pelajar yang gagal menguasai teknik membaca dengan pantas dan berkesan. Bukan itu sahaja, kelemahan dalam kemahiran membaca yang baik dan berkesan menyebabkan pelajar tersebut menjadi malas untuk membaca yang akhirnya akan merugikan pelajar itu sendiri.



Teknik Membaca KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca), W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca), L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca), H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca seterusnya), Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembaca (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.

Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.



Sumber: http://sejarahstpm.blogspot.com

Monday 25 July 2016

Berita Semasa dan Penggunaan PSS

Agenda : Kursus Kepimpinan Pengawas 2016
Tarikh : 23 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Tayang, PSS dan Dewan Terbuka
Penglibatan : Semua pengawas, AJK Badan Pengawas dan AJK Badan Disiplin




Berita Semasa dan Penggunaan PSS

Agenda : Lawatan Penanda Aras PPKI-P, SMK Gelang Patah, Johor ke PPKI-P, SSN SMK Seri Kota, Melaka
Tarikh : 21 Julai 2016 (Khamis)
Masa : 8.30 - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Tayang, PSS, Dewan Terbuka & PPKI-P
Penglibatan : Semua warga PPKI-P

         Kumpulan pelawat dari PPKI-P, SMK Gelang Patah, Johor terdiri daripada guru-guru, PPM-PPM dan anak-anak istimewa. Mereka sampai lebih kurang jam 8.30 pagi dan disambut serta dibawa ke bilik tayang, PSS untuk mengikuti taklimat, ucapan alu-aluan, persembahan profil dan multimedia serta bertukar-tukar cenderamata.
        Kemudian mereka telah dibawa melawat PPKI dan menyaksikan demonstrasi menggayakan rambut dan rawatan tangan dan kuku. Perlawanan persahabatan Futsal menyusul selepas itu dan akhirnya semua pelawat dan warga PPKI menikmati jamuan hari raya dan dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu hari raya dendangan anak-anak PPKI Seri Kota.



Thursday 14 July 2016

Penggunaan PSS

Agenda : Mesyuarat AJK Badan Pengawas Dan AJK Kursus Kepimpinan Pengawas 2016
Tarikh : 14 Julai 2016 (Khamis)
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Dali Omar, PSS
Kehadiran : Semua AJK Badan Disiplin dan Badan Pengawas


Wednesday 13 July 2016

Penggunaan PSS

Agenda : Perjumpaan KPM bagi Pemain-pemain Bolasepak SSN SMK Seri Kota
Tarikh : 13 Julai 2016 (Rabu)
Masa : 1.00 p.m.
Tempat : Bilik Tayang, PSS




Agenda : Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
Tarikh : 13 Julai 2016 (Rabu)
Masa : 2.30 p.m.
Tempat : Bilik Tayang, PSS
Kehadiran : Semua guru


Tuesday 12 July 2016

Berita Semasa:

Agenda : Sambutan Menjelang Aidilfitri Warga Seri Kota
Tarikh : 1 Julai 2016 (Jumaat)
Masa : 11.30 - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Terbuka, SSN SMK Seri Kota, Melaka
Kehadiran : Semua guru dan murid


Wednesday 29 June 2016

Info Kesihatan: Difteria


Berita Semasa

Agenda: Perhimpunan Rasmi Bulanan Ko-kurikulum
Tarikh: 29 Jun 2016 (Rabu)
Masa: 12.40  - 1.40 tengah hari
Tempat: Dewan Terbuka, SSN SMK Seri Kota, Melaka
Penglibatan: Semua warga sekolah



Monday 27 June 2016

Penggunaan PSS

Agenda: Taklimat HRMIS; Pengisytiharan Harta Dalam Talian
Tarikh: 27 Jun 2016 (Isnin)
Masa: 2.30 - 3.30 petang
Tempat: Bilik Tayang, PSS
Penglibatan: Semua guru & AKP

Penggunaan PSS

Agenda: Kolaborasi Bengkel MUET Listening & Writing antara SSN SMK Seri Kota dengan SMK Tun Tuah
Tarikh: 25 Jun 2016 (Sabtu)
Masa: 8.00 pagi -12.00 tengah hari
Tempat: Bilik Tayang, PSS



Berita Semasa

Agenda: Majlis Temu Mesra 2016
Tarikh: 24 Jun 2016 (Jumaat)
Masa: 9.30 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Seperti yang ditetapkan di dalam jadual



Wednesday 22 June 2016

Penggunaan PSS

Agenda: Mesyuarat AJK Pusat Sumber Sekolah Kali Ketiga 2016
Tarikh: 22 Jun 2016 (Rabu)
Masa: 1.25 - 2.25 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Dali Omar


Tuesday 21 June 2016

Alat Berfikir : Peta Minda

Apa itu peta minda ?

Peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu.
Peta ini boleh menjadikan yang tersirat kepada yang tersurat.
Peranan penting dalam peta minda ialah : merangka, mencatat, merekod maklumat dan membuat suatu persembahan. 
Berikut merupakan beberapa contoh untuk membuat peta minda

Peta Minda Jenis Tulang Ikan


Peta Minda Jenis Cabang


Peta Minda Jenis Kitaran


Carta Minda Jenis Carta Alir


Peta Minda Jenis Pokok


Garis panduan membina peta minda:
1) Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea
2) Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau penerangan tentang tajuk
3) Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang tertentu
4) Gunakan kata kunci, gambar, imej tiga matra atau simbol
5) Tuliskan kata penghubung di atas garisan
6) Jadikan corak yang manarik
7) Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan.
8) Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi supaya lebih cantik
9) Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda yang lebih asli

Sumber:Blog Coretan Cikgu Mimi


Sasterawan Negara Ke-13


Zurinah Hassan Terima Anugerah Sasterawan Negara Ke-13


PUTRAJAYA: Penulis dan penyair wanita tanah air Datuk Dr Zurinah Hassan atau lebih dikenali dengan nama pena Haniruz menerima Anugerah Sasterawan Negara Ke-13.
Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyampaikan anugerah tersebut kepada Zurinah - wanita pertama menerima penghormatan itu.
Beliau menerima wang tunai RM60,000, Warkah Penghormatan Negara dan tajaan RM500,000 bagi menerbitkan 50,000 naskah karya beliau yang akan dibeli oleh kerajaan untuk diedarkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.
Pada 13 Oktober lalu, Mahdzir mengumumkan Zurinah sebagai penerima anugerah itu berdasarkan kecemerlangan dan sumbangan terhadap pengembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta pengiktirafan yang diterima.
Mula dikenali dengan sajak "Sesayup Jalan" yang dihasilkan pada 1974, Zurinah, 67, mengembangkan bakatnya dengan menulis cerpen, novel dan puisi sehingga terhasilnya kumpulan puisi "Menghadap ke Pelabuhan/Facing the Harbour", 2010 terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.
Antara kejayaan lain beliau dalam dunia sastera adalah menerima Anugerah Puisi Putera 1984, Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award) 2004 serta Anugerah Puisi Negara-negara ASEAN (Sunthorn Phu Poet Laureate) 2013 serta Hadiah Sastera Perdana.
Zurinah juga menghasilkan Memoir Zurinah Hassan: Menjejak Puisi pada 2003, dan antara hasil tulisan ilmiah beliau ialah mengenai Sasterawan Negara Usman Awang (1990).
Beliau juga menghasilkan sebanyak 19 buku antologi sajak, puisi, kajian sastera, autobiographi, memoir, antologi cerpen dan novel sepanjang bergiat aktif dalam bidang penulisan sejak 1963.
Beberapa karya puisi dan sajak beliau juga diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun, Perancis, Sepanyol dan Rusia.
Anugerah Sastera Negara merupakan anugerah tertinggi negara kepada sasterawan. - BERNAMA 

Berita Semasa

Agenda: Sesi Fotografi untuk Majalah Sekolah 2016
Tarikh: 21 Jun 2016 (Selasa)
Masa: 8.20 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat: Dewan Terbuka, SSN SMK Seri Kota, Melaka
Penglibatan: Semua warga sekolah 

Friday 17 June 2016

Throwback: Majlis Pelantikan Pemimpin Murid 2016

Majlis Pelantikan Pemimpin Murid 2016
Tarikh: 19 Januari 2016 (Selasa)
Masa: 7.40 - 8.20 pagi
Tempat: Dewan Terbuka, SSN SMK Seri Kota, Melaka



Penggunaan PSS

Agenda: Mesyuarat Program Majlis Temu Mesra dan Taklimat Pengetua
Tarikh: 16 Jun 2016 (Khamis)
Masa: 2.30 - 4.00 petang
Tempat: Bilik Tayang, Pusat Sumber Sekolah, SSN SMK Seri Kota, Melaka
Kehadiran: Semua guru

Penggunaan PSS

Agenda: Taklimat PBPPP Kali Ketiga 2016
Tarikh: 15 Jun 2016 (Rabu)
Masa: 1.45 - 3.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Dali Omar
Kehadiran: PP1 dan PP2


Sunday 12 June 2016

Reading Quotes and Sayings









Kelebihan dan Faedah Membaca



1. Membaca dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Dengan membaca kita dapat menambahkan ilmu pengetahuan tentang ilmu-ilmu di sekeliling kita. Tapi ianya juga bergantung kepada bahan bacaan yang dibaca juga. Kalau bahan bacaan itu berbentuk ilmiah pasti ia dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita. Ilmu pengetahuan itu pasti berguna untuk masa sekarang ataupun masa hadapan anda.
2. Membaca adalah satu senaman minda. Anda akan menghadapi hari-hari yang tenang kerana dapat berfikir dengan baik oleh kerana anda mempunyai minda yang sihat. Jika anda menganggap yang senaman tubuh badan itu sangat penting untuk mendapat kesihatan yang sihat maka begitu la juga senaman minda ini untuk kesihatan minda anda. Dengan membaca anda akan melakukan satu proses aktif minda anda. Ini kerana anda menggunakan sel-sel dalam otak untuk berfikir dan mengaktifkan sel-sel tersebut seterusnya membuatkan minda anda menjadi lebih sihat.
3. Jika anda rajin membaca anda akan mempunyai kelebihan untuk fokus. Fokus adalah memberi tumpuan dengan sepenuhnya dalam apa saja perkara yang dilakukan. Kelebihan apabila anda dapat fokus adalah anda tidak akan kelam kabut jika menghadapi sebarang situasi ataupun masalah. Anda dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk menyelesaikan sesuatu masalah itu. Dan sudah semestinya anda akan dapat menyelesaikan masalah itu dengan tenang.
4. Membaca akan meningkatkan memori anda. Kalau anda tidak menggunakan memori, lama-lama memori anda akan menjadi lemah. Permainan seperti teka silangkata akan mengurangkan risiko anda untuk nyanyuk di hari tua. Walaupun membaca bukan sejenis permainan, ia dapat membantu meregangkan otot-otot memori dalam cara yang sama seperti anda bermainan permainan yang menggunakan memori. Ini kerana membaca memerlukan ingatan lebih lanjut tentang apa yang anda baca itu. Secara tak langsung akan meningkatkan kekuatan memori anda.
5. Meningkatkan disiplin dalam diri adalah sukar bagi sesetengah orang. Membaca akan melatih anda untuk menjadi seorang yang berdisiplin. Ini kerana apabila anda selalu membaca anda telah membuatkan masa membaca sesuatu yang anda tahu dan anda mesti lakukan pada masa-masa tertentu. Tapi ada siapa-siapa yang membuat jadual membaca dalam sehari?anda ada buat ke?sangat sedikit yang melakukan. Itulah sebabnya apabila anda menambahkan aktiviti membaca dalam jadual seharian dan sentiasa melakukannya anda akan meningkatkan tahap disiplin dalam diri anda. Anda juga mungkin merasa tidak selesa jika tidak membaca pada satu-satu hari, itu bermakna tahap disiplin untuk membaca dalam diri anda sangat tinggi.
6. Apabila anda rajin membaca ia akan meningkatkan kreativiti dalam kotak fikiran anda sebenarnya. Anda seorang yang rajin membaca tentang kepelbagaian kehidupan dan ini akan memberikan anda inspirasi kepada idea-idea yang baru. Dengan penambahan maklumat-maklumat yang lebih ia akan membantu memajukan bahagian kreatif dalam minda anda dimana ia menyerap pembaharuan kedalam proses pemikiran. Seterusnya anda akan lebih kreatif untuk melakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup anda.
7. Adakah anda selalu merasa bosan?biasanya anda akan cepat untuk merasa bosan kerana anda tiada aktiviti untuk dilakukan. Tahukah anda membaca akan mengurangkan rasa bosan? Jika anda merasa bosan cuba cari bahan untuk dibaca tak kira la dari mana pun sumbernya. Mungkin apabila anda membaca sesuatu itu anda akan terjumpa sesuatu yang anda minat, maka anda akan merasa kurang rasa bosan dan seterusnya menghentikan rasa bosan anda itu.
8. Membaca akan mengurangkan stress atau tekanan. Jika anda selalu merasa tertekan ataupun banyak menghadapi masalah pasti ia akan menyusahkan hidup anda. Apabila anda membaca mungkin anda dapat melupakan seketika sesuatu masalah anda itu ataupun anda membaca sesuatu yang menghiburkan anda sudah pasti ia akan menghilangkan rasa stres dan tekanan dalam diri anda itu. Maka dapat dilihat yang membaca dapat membantu anda dari keluar tekanan dan stres.
9. Rajin membaca akan meningkatkan skil membaca dan skil tatabahasa anda. Pada mulanya memang susah untuk anda mendapat skil membaca tapi lama kelamaan anda akan menemui skil dan rentak membaca itu. Dan seterusnya akan meningkatkan keseronokan anda untuk membaca kerana anda sudah menemui skil dan rentak anda sendiri. Dengan skil dan rentak inilah anda tidak akan cepat merasa bosan malah semakin seronok untuk membaca dan terus membaca.
10. Membantu anda berkomunikasi dengan lebih baik. Ini kerana dengan dengan banyak pengetahuan yang diperolehi dari banyaknya pembacaan anda, anda akan merasa lebih yakin untuk berkomunikasi. Anda dapat menceritakan kepada orang lain apa yang anda tahu dan mengelakkan dari berdiam diri saja apabila berkomunikasi dengan orang lain. Anda juga akan merasa seronok untuk menceritakan dan berkongsi dengan orang lain tentang apa yang anda tahu.

Mesyuarat PSS Kali Kedua 2016

Tarikh: 25 Mei 2016 (Rabu)
Masa: 2.30 petang
Tempat: Bilik Dali Omar, PSS

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Abdul Ghani Bin Ahmad; GPK Pentadbiran SSN SMK Seri Kota.

Majlis Pelancaran Program NILAM 2016

Ucapan Puan How Lay Ha selaku penyelaras PSS dan para pelajar yang hadir sedang menghayati ucapan beliau.

Persembahan pelajar.

Tuan Pengetua; Encik Md. Isa Bin Jani menyampaikan ucapan dan seterusnya melaksanakan gimik Majlis Pelancaran Program NILAM 2016.

Wednesday 13 January 2016

Tahun Baru, Azam Baru


Sempena tahun 2016, PSS Seri Kota berwajah baru dan akan sentiasa memuat naik berita terkini berkaitan dengan aktiviti-aktiviti PSS dan rencana-rencana menarik yang berkaitan dengan dunia pendidikan.