Saturday 11 January 2014

Nadi Ilmu Amalan Membaca

Program NILAM

logo-nilam

LATAR BELAKANG
Budaya ilmu adalah aktiviti ilmiah yang dipraktikan sesebuah masyarakat untuk menjadi masyarakat bertamadun. Peradaban ini akan terus relevan dan berkembang jika diasah dan diperturunkan kepada generasi muda masyarakat kita. Pembentukan bangsa atau masyarakat dapat dibina jika mengamalkan budaya ilmu. Salah satu asas yang penting bagi budaya ilmu ialah amalan membaca. Membaca perlu disemai dan dijadikan amalan setiap anggota masyarakat agar dapat berkembang maju dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, ekonomi, dan teknologi. Kecemerlangan bangsa dan negara akan dapat dicapai jika masyarakatnya membudayakan amalan membaca sebagai rutin harian. Sekaligus pengetahuan dan pengalaman melalui pembacaan dijadikan asas pembentukan modal insan yang cemerlang bagi membentuk negara maju.

Program NILAM
Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program NILAM di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah. Program NILAM adalah agenda prima untuk menjadikan murid-murid sekolah sebagai warga yang berilmu. Di samping menjadikan membaca satu habit yang berkesinambungan tanpa mengira peringkat usia. NILAM adalah akronim daripada Nadi Ilmu Amalan Membaca. Program NILAM merupakan pengabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Program NILAM adalah penjenamaan semula program membaca dengan memberi pengiktirafan. Ianya salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia amnya.

Matlamat
Membina tabiat membaca yang berkekalan dalam kalangan murid.
Meningkatkan kuantiti dan kualiti prestasi akdemik murid-murid dan sekolah.

Objektif
a. Menjadikan murid banyak membaca atau suka membaca.
b. Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi
    menyemai tabiat membaca.

Tiga Elemen Program NILAM
a. Rekod Membaca : Setiap murid merekod buku yang dibaca dalam
    Buku Rekod NILAM.
b. Pengesahan Pembacaan : Guru mengesahkan rekod bacaan murid.
c. Pengiktirafan : Pengiktirafan diberi kepada murid berdasarkan bilangan
    buku yang dibaca dan aktiviti berkaitan yang disertai.

Pelaksanaan
Program NILAM mempunyai dua tahap pelaksanaan iaitu;

        Tahap Jauhari
ü  Murid wajib mengikuti aktiviti galakan membaca di sekolah.
ü  Membina kemahiran dan minat membaca sehingga menjadi satu tabiat.
ü  Menggunakan kemudahan perkhidmatan pinjaman buku melalui
         pusat sumber sekolah dan pusat maklumat yang lain.
ü  Mula dinilai dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

Tahap Rakan Pembaca
ü  Murid yang telah berjaya membaca 100 naskhah buku layak di peringkat ini.
ü  Murid berkebolehan membimbing dan menarik minat rakan lain supaya 
    membaca buku.
ü  Mendapat bimbingan Guru Pembimbing sebelum menjalankan aktiviti RP.
ü  Memberi pinjman buku kepada rakan, ahli keluarga dan jiran.
ü  Markah diberi berdasarkan bilangan buku dibaca, jumlah pendengar, dan pembaca.

Aktiviti
ü  Bercerita
ü  Membaca bersama
ü  Bicara Buku
ü  Meminjam buku
ü  Memberi pinjaman buku
ü  Ulasan Buku
ü  Ulat Buku
ü  Kamus Bergerak
ü  Forum
ü  Ceramah Buku
ü  Ceramah
ü  Jejak Buku
ü  Khemah Membaca
ü  Kuiz Pengetahuan
ü  Radio Sekolah
ü  Pameran Buku
ü  Buku Skrap

Pengiktirafan
Sijil Anugerah NILAM
Sijil Akuan Sekolah
Sijil Berhenti Sekolah

Pengiktirafan Tahap Jauhari
Jumlah Bacaan Pengiktirafan
ü  72-143 buah Gangsa
ü  144-215 buah Perak
ü  216- 287 buah Emas
ü  288 ke atas NILAM

Pengiktirafan Tahap Rakan Pembaca
Segala aktiviti Rakan Pembaca dijalankan dan direkod dalam kad Rakan Pembaca, disemak serta dinilai oleh guru pembimbing.

Markah Pengiktirafan
ü  100-199 Gangsa
ü  200-299 Perak
ü  300-399 Emas
ü  400 ke atas NILAM

No comments:

Post a Comment