Tuesday 21 June 2016

Alat Berfikir : Peta Minda

Apa itu peta minda ?

Peta minda adalah satu lakaran grafik pemikiran individu.
Peta ini boleh menjadikan yang tersirat kepada yang tersurat.
Peranan penting dalam peta minda ialah : merangka, mencatat, merekod maklumat dan membuat suatu persembahan. 
Berikut merupakan beberapa contoh untuk membuat peta minda

Peta Minda Jenis Tulang Ikan


Peta Minda Jenis Cabang


Peta Minda Jenis Kitaran


Carta Minda Jenis Carta Alir


Peta Minda Jenis Pokok


Garis panduan membina peta minda:
1) Mula daripada tengah halaman berdasarkan tajuk atau idea
2) Wujudkan beberapa kelompok atau kategori kata atau penerangan tentang tajuk
3) Kembangkan garisan untuk menghasilkan corak yang tertentu
4) Gunakan kata kunci, gambar, imej tiga matra atau simbol
5) Tuliskan kata penghubung di atas garisan
6) Jadikan corak yang manarik
7) Gunakan gambar, warna dan corak untuk menunjukkan perkaitan.
8) Gunakan bentuk ringkas seperti kod peribadi supaya lebih cantik
9) Gunakan kreativiti untuk menjadikan Peta Minda yang lebih asli

Sumber:Blog Coretan Cikgu Mimi


No comments:

Post a Comment