Tuesday 26 July 2016

Teknik Membaca dengan Pantas dan Berkesan

Menguasai teknik membaca dengan pantas dan berkesan untuk pelajar sekolah menengah dan pengajian tinggi adalah kemahiran yang perlu dikuasai dengan sebaik mungkin. Sebagai pelajar anda sudah tentu perlu membaca buku sebanyak mungkin untuk menimba ilmu.
Masalah sering timbul bila ada begitu ramai pelajar yang gagal menguasai teknik membaca dengan pantas dan berkesan. Bukan itu sahaja, kelemahan dalam kemahiran membaca yang baik dan berkesan menyebabkan pelajar tersebut menjadi malas untuk membaca yang akhirnya akan merugikan pelajar itu sendiri.



Teknik Membaca KWLH
KWLH adalah singkatan bagi yang berikut; K (know) Apa yang telah diketahui (sebelum membaca), W (want) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca), L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca), H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang berkaitan (untuk membaca seterusnya), Apa yang jelas dari penerangan tersebut ialah diketahui membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui melakukan pembaca (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan apa yang dibaca menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apakah lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.

Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang seperti yang di bawah sekiranya dikehendaki menggunakan teknik KWLH.



Sumber: http://sejarahstpm.blogspot.com

No comments:

Post a Comment