Monday 25 July 2016

Berita Semasa dan Penggunaan PSS

Agenda : Lawatan Penanda Aras PPKI-P, SMK Gelang Patah, Johor ke PPKI-P, SSN SMK Seri Kota, Melaka
Tarikh : 21 Julai 2016 (Khamis)
Masa : 8.30 - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Tayang, PSS, Dewan Terbuka & PPKI-P
Penglibatan : Semua warga PPKI-P

         Kumpulan pelawat dari PPKI-P, SMK Gelang Patah, Johor terdiri daripada guru-guru, PPM-PPM dan anak-anak istimewa. Mereka sampai lebih kurang jam 8.30 pagi dan disambut serta dibawa ke bilik tayang, PSS untuk mengikuti taklimat, ucapan alu-aluan, persembahan profil dan multimedia serta bertukar-tukar cenderamata.
        Kemudian mereka telah dibawa melawat PPKI dan menyaksikan demonstrasi menggayakan rambut dan rawatan tangan dan kuku. Perlawanan persahabatan Futsal menyusul selepas itu dan akhirnya semua pelawat dan warga PPKI menikmati jamuan hari raya dan dihiburkan dengan nyanyian lagu-lagu hari raya dendangan anak-anak PPKI Seri Kota.



No comments:

Post a Comment